Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, August 12, 2012

SIAPA GILA?...AKU TAK GILA

Gila?!!
Aku tak gila
siapa kata aku gila??
Orang yang mengatakan orang lain gila,
dia yang gila sebetulbenarnya.

Kalau aku gila?
Pasti aku akan menggila
bertempek sesuka macam si ayam laga
dan semahunya hatiku sahaja
siang malam aku tak kira.

Kalau aku gila?
Pasti aku akan menggoda
sehingga banyak jiwa yang merana
bukan kerana tertawan pada paras rupa
tapi tertawankan...akan kemachoannya,
perutku yang meninggi tiada surutnya.

Kalau aku gila?
Pasti aku akan bermaharajalela
bermulut manis tak kira masa
pasti ada hati-hati yang terluka
memendam rasa kerana tiada yang berjaya
menawan hatiku...remaja purba, kegilaan Malaya.

Kalau aku gila?
Pasti aku dah punya wang berjuta-juta
dengan sekali kata bicara
terlabur dan terlebur segalanya
hatta wang atau pun harta
kerana kikisanku yang tidak mengenal durja
baik mak janda atau pun mak dara
yang tergila-gilakan...akan diriku sang raja pujangga.

Betulkan apa yang aku kata?
Kalau aku gila!...buat apa aku duduk diam-diam sahaja
membuyutkan perut dengan cacing berpita
baik aku nyanyikan lagu yang aku suka...,

'Sua sue ke morning - Sua sue ke morning
istimewa raja...cok cok kendung, kendung nali-nali
siapa tak nak untung, dapat duit menggunung-gunung -
ala ala latuk, ala ala latuk jangan ketuk'

"Tok lepaskanlah saya tok...saya tak gila tok...percayalah cakap saya ni tok...alahailah latuk"...ahaksssssssss.

ss/spl/pm ... 12/8/2012.

No comments:

Post a Comment