Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 11, 2012

Mood Raya

Mood raya
telah tiba
lagu raya
bergema sini sana
jangan dilupa
pada yang tiada
hulurkan seringgit dua
tanda ingatan sempena raya.

Rancang perjalanan jangan tergesa-gesa
selenggara kereta
biar siap sedia
perjalanan jauh harus waspada
apa-apa kemungkinan harus dijangka
kesesakan selalunya berganda
kenderaan berlipat ganda
kemalangan juga bertambah dua kali ganda.

Selamat bercuti kepada semua
hati-hati di jalan raya
biar selamat sampai ke destinasinya
lambat sedikit tak mengapa
asalkan ketibaan disambut ceria
bukan ketibaan disambut dalam keranda
mohon dilindungi perjalan semua
sama-sama menikmati hari raya
dengan keluarga tercinta.

CNM, 11/8/12, 11.03am
THMK

No comments:

Post a Comment